# a simple girl with a big appetite # love much to eat # want to share some love with others by cooking # like music ^__ ^
Thursday, 6 June 2013
Terima Kasih
Di petang hari, di suatu kawasan di Melaka....kelihatan awan mendung membawa turun hujan yang lebat dan deras. Kilat dan petir sabung-menyabung disertakan angin yang bertiup kencang menerbangkan rambut sang gadis yang agak panjang dan ikal mayang itu.
Sang gadis berdiri termenung jauh di tepi tingkap, memikirkan sesuatu mungkin.... Ya, sang gadis itu adalah orang biasa yang sedang belajar erti dewasa, kesusahan dan kepayahan hidup. Kotak fikirannya jauh melayang mengenangkan kisah2 silam dan lampau yang mungkin membuatkan dirinya sangat menyesal dan jika boleh ingin sekali diputarkan waktu membetulkn kembali kesilapan2 yang pernah dilakukan dahulu....
Keluhan berat dilepaskan menandakan betapa gundahnya perasaan sang gadis ketika itu...
Lalu sang gadis meletakkan tangan ke dadanya, merasa denyutan jantungnya, masih normal dan berdenyut seperti biasa, menandakan salur darah masih berfungsi dengan sempurna dan mengepam darah ke seluruh tubuhnya....
Lalu sang gadis bermonolog sendirian,.....
"terima kasih Ya ALLAH kerana masih mengizinkan aku untuk bernafas sehingga ke hari ini".....
"terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku kesempatan untuk melihat sinaran mentari di siang hari dan sinaran rembulan yang menyinari gelapku di malam hari"...
"terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku ruang dan peluang untuk memohon secebis keampunan daripadaMU untuk segala dosa2 ku yang tidak terhitung beratnya"...
"terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku nikmat kemesraan dan kasih sayang yang tidak terlimpah daripada keluargaku"...
"terima kasih Ya ALLAH kerana mendatangkan kepayahan dan ujian dalam hidupku, di mana aku belajar erti sakit, lelah, putus asa dan kekecewaan".....
"terima kasih Ya ALLAH kerana mendatngkan kesenangan dan kebahagiaan dalam hidupku, di mana aku belajar erti bersyukur, nikmat perkongsian dan saling membantu".....
"terima kasih Ya ALLAH kerana menemukan aku dengan rakan2 yang amat memahami dan sekepala denganku,walaupun pertemuan yang singkat sahaja"...
"terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku sinar hidayah dan memberi aku cahaya sewaktu aku tersesat ke dalam jalan yang gelap dan kelam"......
"terima kasih Ya ALLAH di atas segala nikmat anggota tubuhku yang telah kau pinjamkan untukku ini"...
"terima kasih Ya ALLAH kerana engkau telah titipkan perasaan menyayangi seseorang dalam hatiku ini walaupun aku tahu perasaan ini sepatutnya tidak melebihi perasaan kasih dan cinta kepadaMU"........
sang gadis : duhai hati yang sedang dalam kekalutan, kekusutan dan kesakitan, tolonglah pulih cepat..senangnya kalau sakit hati ini dapat diubati hanya dengan makan ubat..>feeling down but still can smile,for the sake of myself..thinking positive...
p/s : watak sang gadis merujuk pada diri ini yang sedang menatap skrin laptop, pada waktu dan detik ini..anda terasa ker?jikalau terasa tabahkn hatimu...hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment