Assalamualaikum dan selamat malam duhai insan yang berada di seluruh dunia ini. Sudah lama jari ini tidak menaip papan keyboard komputer ku ini. Dan entah angin apa yang menyapa aku untuk berbuat sebegini pada detik ini. Sebenarnya tidak ada apa yang ingin ku luahkan, hanya terimbau dan terobek kembali kenangan sewaktu zaman dulu-an aku sebelum masuk ke alam universiti. Dan hasilnya adalah video yang agak ringkas dan simple ini.. senamrobik S22P3 !! Bila aku usya balik video ini, rasa macam nak sembunyi bawah selimut pun ada..
Jawa Kitchen
# a simple girl with a big appetite # love much to eat # want to share some love with others by cooking # like music ^__ ^
Monday, 18 May 2015
Saturday, 9 May 2015
Mee Kolok Bujang
Assalamualaikum sahabat-sahabat dan salam 20 Rajab...Pejam celik pejam celik dah masuk 20 hari kita dalam bulan Rajab ini. Tak sabar rasanya ingin melangkah ke bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Resepi yang seterusnya datangnya jauh daripada negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Sungguh excited dan teruja dihati ini untuk merasa mee kolok ini, pertama kali saya makan makanan yang sememangnya asal dari negeri Sarawak ini. Dan resepi ini khas dibuat daripada housemate saya sendiri iaitu +Nursyazwani Awg Marajeh +nur shuhaida .Jom kita cuba bersama-sama.
Bahan-bahan yang diperlukan
* Mee kolok/mee sanggul/yee mee
* minyak bijan
* kicap
* ayam/daging(untuk dicarik-carik)
* 2 biji telur
* bawang goreng yang telah siap dibeli
* sambal kicap
* sos masam manis
* 2 biji tomato
* 7 biji cili padi
* 2 biji bawang putih
* 1 biji bawang merah
Cara-cara memasak
1) Mee
* Celurkan mee ke dalam air yang mendidih bersama sedikit garam
* Tuskan mee dan gaulkan bersama minyak bijan dan kicap
2) Sambal kicap
* Ambil 5 biji cili padi(dipotong-potong)
* Letakkan kicap mengikut citarasa anda dan tambahkan sedikit gula jika
ingin kurangkan rasa pedas)
3)Pes tomato
* Potong 2 biji tomato bersama 2 biji cili padi, 2 biji bawang putih dan 1 biji bawang merah
dan kisarkan bersama.
* Tambahkan sedikit garam dan gula sebagai perasa
4) Hiasan di atas mee kolok
* Pecahkan 2 biji telur dan gorengkan menjadi telur dadar(tambahkan sedikit garam sebagai perasa)
* Hiriskan telur dadar menjadi hirisan kecil
* Rebuskan ketulan ayam/daging sehingga masak
* Hiriskan menjadi kecilan kecil
* Setelah siap taburkan hirisan telur, ayam dan sedikit bawang goreng ke atas mee kolok
* Campurkan dengan sedikit pes tomato dan sambal kicap
* Gaulkan bersama semua bahan hingga sebati
* Hidangan siap untuk dimakan
Serius bertambah dua kali saya makan mee kolok ini. Nampak tak rasanya sangat unik kerana digaulkan bersama minyak bijan dan sambal kicap, ditambah pula dengan pes tomato yang menambahkan lagi keenakan dan ada sedikit rasa masam dalam mee kolok ini. Apapun masakan nok housemate kamek masak anang nyaman....
Wednesday, 6 May 2015
Ayam Ungkep
Assalamualaikum dan selamat malam u olls,,,
Kabare kalian semua, kue arek ngobrok iki pasal jowo punya masakan..hahah ada bunyik mcam jawa tak? Sebenarnya dah lama tak cakap jawa sebab dah lama tak jalan2 dekat rumah wak-wak kat pontian tu. Okey ini adalah 1st entry tentang masakan..yeah!! Resepi masakan ayam ungkep ini datangnya daripada mak saya yang tercinta Siti Almiah Haji Nawawi. Semestinya masakan ini asalnya hanya orang yang ada keturunan jawa-jawa je yang tahu. Boleh dikatakan kebanyakan keluarga belah mak saya tahu masakan ini. Pertama kali saya cuba rasa sedap sangat tapi masa itu mak buat sewaktu hari pertama Syawal. Semenjak itulah saya mula jatuh cinta dengan rasanya dan setiap kali saya pulang cuti dari asrama masakan ayam ungkep inilah yang saya request pada mak untuk masakkan. Apapun suka saya berkongsi resepi ini supaya anda2 diluar sana boleh mencuba masakan ayam ungkep yang enak ini.
Antara bahan-bahan yang perlu dikisar
* Sebiji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 2 ulas halia hidup
* 2 ulas kunyit hidup
* sebatang serai (dipotong-potong)
* segenggam ketumbar
* segenggam jintan manis
* 8 biji cili padi(jika mahukan rasa pedas)
* air (untuk memudahkan pengisaran bahan)
Jangan lupa bahan penting kita : Ayam yang telah dipotong mengikut kehendak anda
Setelah siap dikisar, kita boleh mula menumis :
- Panaskan minyak terlebih dahulu
- Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali
- Gaul campuran bahan kisaran di dalam kuali supaya serata
- Letakkan garam dan gula secukup rasa mengikut instinct anda
- Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil
- Setelah hampir 3 minit, masukkan potongan ayam ke dalam kuali dan tambahkan sedikit air(semangkuk).
- Kacau sebentar campuran bahan tumis dan potongan ayam di dalam kuali supaya rasanya serata.
- Tutup kuali dengan tudung kuali dan biarkan sehingga ayam sudah masak.
- Tutup api dan boleh siap dihidang
Sudah siap bolehlah dihidang dan makan bersama seisi keluarga. Tak rugi mencuba masakan ayam ungkep ini, keenakan rasanya dan keharuman aromanya pasti membuatkan kita mahu tambah lagi dan lagi. Pepatah ada menyebut"tak kenal maka tak cinta", maka kenal lah dulu dengan hidangan ini barulah kita boleh suka dan cinta dengannya..
Monday, 4 May 2015
S.A.H.A.B.A.T
Assalamualaikum dan salam Isnin wahai sahabat,,,
Ada banyak nama,
Yang hadir menggoreskan warna,
Menempati ruang-ruang istimewa,
Dalam hati terbuka sentiasa,
Tak peduli siapa mereka,
Yang penting keberadaannya memberi makna,
Maka akan ada ruang untuk mereka.
Nama-nama itu sarat melekat,
Hidup sebagai sahabat dan rahmat,
Biarpun waktu berlalu membungkus rindu,
Takkan punah dari kedalaman kalbu..
Aku dan kamu adalah kertas dan pena,
Bukan tentang cinta, bukan tentang nafsu,
Tapi tentang tali yang terikat tanpa ragu,
Kita adalah musim,
Yang saling berganti beriring,
Menebarkan aroma panas ataupun dingin,
Kita puisi bertema,
Yang saling terikat bersama,
Kita bukan cinta,
Melainkan saudara untuk persahabatan selamanya....
Wednesday, 29 April 2015
AYAH
gerimis lagi mata ini,,
kau sirami senyum rindu dihati,,
gerimis mataku ingat kamu,,
menitiskan air rindu padamu,,
gerimis rindu mataku,,
membayangkan semua tentangmu,
gerimis rindu dihatiku,,
mengenang selalu pengorbananmu,
AYAH
semoga yang terbaik engkau dapatkan,
andai detik lalu dapat berulang,,
ku merindukannya,
ingin ku memperbaikinya,
sungguh sejuta kata takkan bisa menzahirkan semuanya,,
terima kasih atas setiap cinta yang kau curahkan...
namamu AYAH
adalah lagu pengusir sepiku,
pun angin menyanyikan namamu,
duhai AYAH,
dalam gerak dan diamku,
kupanggil namamu mengalun merdu,
tahukah?
aku rindu
pengorbanan hidupmu tidak ternilai,
engkau pahlawan sejati ku,
cahaya diwajahmu,
adalah kehangatan sepanjang masa,
kasih sayangmu masih terasa,
sekalipun kini kau telah damai disisi-Nya,
Saturday, 22 March 2014
the greatest of Ayat Kursi
Kenapa Tak Rogol Saya?
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu
Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??
Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam...
Tuesday, 24 December 2013
syukur
Dunia ini hanya sementara, kehidupan kita hanya pinjaman.....
Orang2 tua selalu berpesan"hidup kat dunia ny sekejap jerk, banyakkan lah kumpul bekalan untuk kehidupan akhirat nanti"......
Bekalan dalam ayat ini membawa maksud amalan-amalan baik dan perbuatan yang boleh membawa pahala.
Seperti menolong orang yang dalam kesusahan, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.....dalam kehidupan seharian, tanpa kita sedari kita telah banyak ingkar dan bersikap tidak menerima apa keadaan diri kita. Terkadang kita mengeluh hanya kerana diri kita tidak secantik dan segebu teman2 kita.....terkadang kita juga mengeluh hanya kerana diri kita tidak sepandai rakan2 yang lain...
Sesungguhnya sangat besar nikmat dan kurniaan yang telah diberikan dalam hidup kita di atas muka bumi ini sebagai seorang insan.....
segala nikmat pancaindera yang diberikan sangat bermakna dalam kehidupan kita.......
nikmat pendengaran, penglihatan, deria rasa dan anggota tubuh badan.....
segala-galanya membantu kita dalam melangsungkan hidup......
sedikit coretan untuk mengingatkan diriku tentang keistimewaan yang telah dianugrahkan pada kita..
Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang telah mencipta seluruh alam ini....
sangat terpesona aku dengan keindahan alam yang terbentang luas di depan mata.....
memutarkan kembali detik-detik dan moment-moment terindah sewaktu aku mendaki Bukit Beruang bersama dengan salah seorang teman ketawa dan dukaku di bumi Melaka ini.....
pendakian kami dimulakan seawal jam 5;30 petang......
dengan ditemani bunyian kenderaan yang lalu lalang serta penduduk yang melepak atau 'mengeteh' bahasa jawanya di kedai2 tepi jalan di mana kami lalui......
almaklumlah setelah sekian lama tidak melakukan aktiviti2 kesukanan......
aku merasa badanku sudah semakin berat dan agak berisi....
sewaktu awal pendakian aku merasa sangat penat dan lelah....
degupan jantungku terasa sangat laju seiring dengan helahan nafasku, terasa seperti hendak tercabut jantungku di waktu itu.....
bukan badan atletlah katakan, lainlah temanku itu sudah sememangnya atlet taekwando...
termengah-mengah aku berhenti pada setiap persimpangan....sangat mencabar juga mendaki Bukit Beruang ini walaupun bukanlah bukit yang sangat terkenal di seluruh Malaysia.......
berbumbungkan dada langit yang biru dan berlantaikan rumput nan hijau dan dedaun nan kering kami berdua mendaki bukit itu sambil menikmati pemandangan yang disajikan di depan mata...
sungguh saujana dan sejuk mata yang mamandang.....lantas mencairkan hati aku dan menawan untuk menyuruh aku duduk berlama-lama di atas bukit itu.........
tidak puas mata memandang, maka dengan tidak membuang masa aku terus mengabadikan moments indah itu dengan meng-snap beberapa view.........

Subscribe to:
Comments (Atom)

![Kenapa Tak Rogol Saya?
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu
Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??
Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam??.
-----------------------------------------------------------------------------------
Sebarkan kepada rakan-rakan anda :)
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sumber : Portal Islam Murabbi](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash2/t1.0-9/298285_187277408013571_615211532_n.jpg)