# a simple girl with a big appetite # love much to eat # want to share some love with others by cooking # like music ^__ ^
Saturday, 9 May 2015
Mee Kolok Bujang
Assalamualaikum sahabat-sahabat dan salam 20 Rajab...Pejam celik pejam celik dah masuk 20 hari kita dalam bulan Rajab ini. Tak sabar rasanya ingin melangkah ke bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Resepi yang seterusnya datangnya jauh daripada negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Sungguh excited dan teruja dihati ini untuk merasa mee kolok ini, pertama kali saya makan makanan yang sememangnya asal dari negeri Sarawak ini. Dan resepi ini khas dibuat daripada housemate saya sendiri iaitu +Nursyazwani Awg Marajeh +nur shuhaida .Jom kita cuba bersama-sama.
Bahan-bahan yang diperlukan
* Mee kolok/mee sanggul/yee mee
* minyak bijan
* kicap
* ayam/daging(untuk dicarik-carik)
* 2 biji telur
* bawang goreng yang telah siap dibeli
* sambal kicap
* sos masam manis
* 2 biji tomato
* 7 biji cili padi
* 2 biji bawang putih
* 1 biji bawang merah
Cara-cara memasak
1) Mee
* Celurkan mee ke dalam air yang mendidih bersama sedikit garam
* Tuskan mee dan gaulkan bersama minyak bijan dan kicap
2) Sambal kicap
* Ambil 5 biji cili padi(dipotong-potong)
* Letakkan kicap mengikut citarasa anda dan tambahkan sedikit gula jika
ingin kurangkan rasa pedas)
3)Pes tomato
* Potong 2 biji tomato bersama 2 biji cili padi, 2 biji bawang putih dan 1 biji bawang merah
dan kisarkan bersama.
* Tambahkan sedikit garam dan gula sebagai perasa
4) Hiasan di atas mee kolok
* Pecahkan 2 biji telur dan gorengkan menjadi telur dadar(tambahkan sedikit garam sebagai perasa)
* Hiriskan telur dadar menjadi hirisan kecil
* Rebuskan ketulan ayam/daging sehingga masak
* Hiriskan menjadi kecilan kecil
* Setelah siap taburkan hirisan telur, ayam dan sedikit bawang goreng ke atas mee kolok
* Campurkan dengan sedikit pes tomato dan sambal kicap
* Gaulkan bersama semua bahan hingga sebati
* Hidangan siap untuk dimakan
Serius bertambah dua kali saya makan mee kolok ini. Nampak tak rasanya sangat unik kerana digaulkan bersama minyak bijan dan sambal kicap, ditambah pula dengan pes tomato yang menambahkan lagi keenakan dan ada sedikit rasa masam dalam mee kolok ini. Apapun masakan nok housemate kamek masak anang nyaman....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment