Wednesday, 6 May 2015

Ayam Ungkep


Assalamualaikum dan selamat malam u olls,,,

Kabare kalian semua, kue arek ngobrok iki pasal jowo punya masakan..hahah ada bunyik mcam jawa tak? Sebenarnya dah lama tak cakap jawa sebab dah lama tak jalan2 dekat rumah wak-wak kat pontian tu. Okey ini adalah 1st entry tentang masakan..yeah!! Resepi masakan ayam ungkep ini datangnya daripada mak saya yang tercinta Siti Almiah Haji Nawawi. Semestinya masakan ini asalnya hanya orang yang ada keturunan jawa-jawa je yang tahu. Boleh dikatakan kebanyakan keluarga belah mak saya tahu masakan ini. Pertama kali saya cuba rasa sedap sangat tapi masa itu mak buat sewaktu hari pertama Syawal. Semenjak itulah saya mula jatuh cinta dengan rasanya dan setiap kali saya pulang cuti dari asrama masakan ayam ungkep inilah yang saya request pada mak untuk masakkan. Apapun suka saya berkongsi resepi ini supaya anda2 diluar sana boleh mencuba masakan ayam ungkep yang enak ini.

Antara bahan-bahan yang perlu dikisar
*  Sebiji bawang merah
*  3 ulas bawang putih
*  2 ulas halia hidup
*  2 ulas kunyit hidup
*  sebatang serai (dipotong-potong)
*  segenggam ketumbar
*  segenggam jintan manis
* 8 biji cili padi(jika mahukan rasa pedas)
* air (untuk memudahkan pengisaran bahan)


Jangan lupa bahan penting kita : Ayam yang telah dipotong mengikut kehendak anda

Setelah siap dikisar, kita boleh mula menumis :

- Panaskan minyak terlebih dahulu
- Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali
- Gaul campuran bahan kisaran di dalam kuali supaya serata
- Letakkan garam dan gula secukup rasa mengikut instinct anda
- Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil
- Setelah hampir 3 minit, masukkan potongan ayam ke dalam kuali dan tambahkan sedikit    air(semangkuk).
- Kacau sebentar campuran bahan tumis dan potongan ayam di dalam kuali supaya rasanya serata.
- Tutup kuali dengan tudung kuali dan biarkan sehingga ayam sudah masak.
- Tutup api dan boleh siap dihidang

Sudah siap bolehlah dihidang dan makan bersama seisi keluarga. Tak rugi mencuba masakan ayam ungkep ini, keenakan rasanya dan keharuman aromanya pasti membuatkan kita mahu tambah lagi dan lagi. Pepatah ada menyebut"tak kenal maka tak cinta", maka kenal lah dulu dengan hidangan ini barulah kita boleh suka dan cinta dengannya..




No comments:

Post a Comment