Aini sedang memberikan fokus yang penuh terhadap makanan
yang berada di depannya. Sudah agak lama dia tidak menjamah makanan
kegemarannya yang sering menjadi kegilaannya semenjak dia kecil lagi. Makanan
yang mendapat tempat teristimewa dalam hati Aini itu berbentuk silinder dan
mempunyai diameter sekitar 5cm, ianya digelar keropok lekor. Masih segar dalam
kotak fikirannya bagaimana dia boleh jatuh cinta dan suka dengan makanan itu.
Semuanya bermula pada hari ayahnya mengajak Aini untuk pergi ke pasar. Setelah
puas pusing tawaf satu pasar, ayah akhirnya berhenti di sebuah gerai menjual
keropok lekor lalu memberi Aini merasanya. Sewaktu Aini memasukkan keropok itu
dan mengunyahnya, timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata
lalu muncullah bibit-bibit cinta dengan rasa nikmatnya dan lazatnya lantas
membuatkan Aini terdiam sehingga menghabiskan cebisan terakhir keropok lekor
itu dengan berselera sekali.
Bunyi lagu klasik nyanyian Rokiah Wanda yang bertajuk 'nun
bulan ditutup awan' menghentikan lamunan Aini lantas membawanya kembali ke
lokasi dalam gerai 'Pak Sahak'. Dia teramat rindu untuk merasa makanan
kesukaannya lantas mengajak teman karibnya untuk menemani dirinya makan pada
petang itu. Malangnya, sudah satu jam dia menunggu, bukan sahaja kelibat,
malahan bayang-bayang rakan karibnya yang digelar 'Meah' itu langsung tidak
kelihatan.
"Ish! Mana lar pergi minah sorang ny."
"Berjanggut aku tunggu sorang-sorang ny"
Bermonolog Aini sehingga menampakkan riak mukanya yang nyata
cemberut masam kerana menunggu lama.
Di suatu sudut dalam gerai yang sama, kelihatan Ashraf duduk
berseorangan dengan memakai kemeja T berwarna hijau dan seluar jeans santai.
Ashraf merenung kerusi yang terletak di depannya. Namun fikirannnya sudah
terbang jauh. Benaknya ligat memikirkan tentang sesuatu yang mengocak kolam
perasaannya. Dia lalu mengeluh sendiri. Mengenangkan sikap teman wanita yang
sudah menjalin hubungan cinta selama 3 tahun dengannya. Ashraf merasakan buah
hati pengarang jantungnya itu sudah tidak menyayangi dirinya seperti dahulu.
Manakan tidak, hendak diajak berjumpa pun susah, bermacam-macam alasan yang
diberikan untuk mengelak dari keluar dengan Ashraf.
"Entah-entah awek aku ada pakwe lain ny"..
"Dasar kaki kikis punya perempuan".
"Lepas duit aku habis kau kebas, kau dah tak mahu kat
aku".
Dalam nada yang marah Ashraf bermonolog, lalu memanggil
seorang pekerja dalam gerai itu untuk meminta sos supaya boleh dicicah dengan
keropok lekor yang akan masuk ke dalam perutnya sebentar lagi.
"Daripada aku membazir makanan ini, baik aku
makan".
Dengan berlari-lari anak, gadis itu masuk ke dalam gerai Pak
Sahak. Tergesa-gesa gadis itu mencari di manakah kelibat rakan baiknya yang
seorang itu. Meah sudah melilau-lilau sambil keresahan melanda hatinya kerana
dia sudah lambat untuk bertemu janji dengan Aini. Dalam keresahan mencari,
akhirnya dia dapat mengesan keberadaan rakannya itu. Meah menghampiri Aini
sambil buat muka tak bersalah.
"Hurm...sampai juga minah ny"
"Aku ingat dia dah tak tahu jalan dah nak ke gerai
ny"
"Boleh pulak dia buat muka innocent dia tu". Aini
berkata-kata dengan nada berbisik sambil menenangkan hatinya yang sedang panas
mendidih.
Kalau diikutkan hati yang sedang merajai perasaannya ketika
ini, mahu sahaja di smackdown si Meah itu kerana kelambatannya. Namun dirinya
masih ingin mendengar sebab dan musibab kenapa rakannya lambat untuk bertemu
dengannya.
"Ha Meah!apasal lambat sangat ko datang ny?"
"Aku baru ingat nak melantak keropok lekor ny sorang-
sorang tadi".
Dengan nada yang sinis dia bertanya.
"'Sory la Aini, tadi aku ada emergency meeting".
Tiba-tiba bos aku suruh kami settlekan proposal pasal projek baru dia tu".
"Itu pasal lah yang lambat nyer ny".
Nasib baik alasan yang munasabah, kalau tidak memang
mengamuk lah Aini di situ. Lantas mereka berdua meneruskan niat mereka untuk
menikmati keropok lekor bersama-sama di gerai itu. Sedang Meah ingin menyuap
keropok ke dalam mulutnya.
"Eh, Meah! Aku terlupa, mana sambal kicap ny.."
"Aku kalau makan keropok tak ada sambal kicap, memang
tak ngam dengan tekak aku ny".
Sudah masak benar Meah dengan perangai rakannya yang seorang
itu. Di mana ada keropok lekor dan Aini, pasti ada sambal kicap. Itulah
pencicah yang sangat menjadi pilihan Aini pabila menikmati keropok lekor.
"Cuba ko pergi mintak kat kaunter sana". Meah
memberi idea yang agak bernas dan boleh diterima pada akal fikiran Aini.
"Bang, ada sambal kicap tak?".
Selang beberapa minit, abang kaunter tadi membawa sambal
kicap di tangan dan memberinya kepada Aini. Terlihat senyuman sampai ke telinga
Aini kerana apa yang dihajatinya telah tertunai. Aini berjalan dengan hati yang
riang gembira, sehingga tidak menyedari seseorang sedang berjalan menuju ke
arahnya. Lalu, gedebuk!. Ouch! Aini merasakan punggungnya sudah melekap di
lantai, dan dia melihat burung-burung kecil berpusing-pusing di atas kepalanya.
Keadaan yang sama berlaku pada insan berbadan sasa yang baru sahaja melanggar
Aini sebentar tadi.
"Adoi! Apalah nasib aku hari ini, dah lah awek
tinggalkan aku, tumpah pulak sambal kicap atas baju aku". Hati Ashraf
panas melihat cecair hitam pekat yang melekat di atas bajunya. Lantas api
kemarahan menggelegak sambil pandangannya dialihkan pada insan yang baru sahaja
berlanggar dengannya tadi.
Aini sudah tidak melihat burung-burung di atas kepalanya,
tetapi dirinya terkejut pabila mendapati blaus biru yang dipakainya sudah
melekat cecair yang berwarna merah. Lalu dia mencalit sedikit dan menjilatnya.
Sah, memang bajunya telah dikotori dengan sejenis pencicah yang bergelar sos.
Baru dia menyedari bahawa dia telah terlanggar seorang pemuda sebentar tadi.
Kepala Aini terteleng-teleng mencari kelibat pemuda itu lantas matanya bertemu
pandang dengan pemuda itu yang juga sudah jatuh terduduk di sebelahnya.
Masing-masing kelu tanpa bicara. Hanya bunyi kipas yang
berada betul-betul di atas kepala mereka menemani suasana pada ketika itu.
Siapa sangka insan yang selama ini menjadi jiran sekampung semenjak kecil,
sudah rapat dan akhirnya berpisah kerana menyambung pelajaran. Bertemu kembali
dalam suasana yang agak dramatik dan tragis itu. Senyuman di pinggir bibir Aini
menarik tangkai hati Ashraf untuk menatap wajah yang sudah lama dirinduinya.
"Nur mintak maaf terlanggar Am tadi". Serius Nur
tak perasan Am lalu situ".
Dengan riak muka bersalah Aini memulakan bicara mematikan
sepi yang semakin mencengkam diri. Ya, nama penuh dia adalah Nur Aini manakala
jejaka itu Amar Ashraf.
Dia hanya membahasakan dirinya Nur sewaktu mereka menjalin
hubungan persahabatan sejak kecil lagi. Dan dia selesa memanggil lelaki itu Am.
Lelaki yang sangat nakal dan suka mengacau Nur sewaktu kecil. Pernah pada suatu
hari, sewaktu di sekolah, Am menarik tudung Nur kerana keengganan menyerahkan
duit padanya. Itulah detik pertama pertemuan Nur dan Am. Daripada satu
pertemuan ke pertemuan sehingga menyebabkan mereka boleh bergaul dan bermain
bersama-sama, malah berkongsi kedukaan dan kegembiraan bersama-sama.
Malangnya, jalinan persahabatan mereka tidak bertahan lama
kerana Am sudah mendapat teman istimewa langsung melupakan Nur di kampung. Am
menyambung pelajaran di tempat yang sama dengan insan yang sangat dicintainya
pada waktu itu. Tiada sebarang berita dikhabarkan kepada Nur tentang
pemergiannya, sehingga menyebabkan dirinya jauh hati dengan jejaka
itu."Nur memang tak pernah berubah kan?". Dari dulu sampai sekarang
suka sangat makan keropok lekor dengan sambal kicap". Suara insan yang
berada di depannya telah membawa Aini ke alam nyata setelah layar fikirannya
jauh mengimbau saat-saat manis sewaktu mereka bersahabat.
"Ingat lagi Am dekat Nur rupanya". Terasa ada
sedikit sindiran lantas mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir gadis itu.
Tapi Ashraf tidak kisah kerana yang penting dia dapat melihat kembali sirna
wajah gadis yang agak lama sudah tidak dilihatnya.
Tet.........................................................Cut!........................................
Ok suka saya mengatakan disini
bahawa ini adalah khayalan semata-mata,.....hehe.
Babak yang selalu terjadi di
dalam novel2 cinta jiwang karat dan drama2 melayu yang sangat klise and
predictable......seriously most drama2 melayu today, sangat senang untuk kita
tahu ending nyer....even plot cerita pun kita da boleh agak......haha.bunyik
macam aku jep director~
Ok sekadar mengisi masa lapang
dengan mencipta satu babak di mana mereka berjumpa dan tertumpah sos dan sambal
kicap. Dua orang kawan lama yang sangat rapat, terjumpa dalam satu gerai, dan
berlaku insiden cenggini. Sangat kebetulan kan..hehe...
Ok korang rasa aku punya babak
pendek ny kelaut atau kebulan?....
wwoooaahh kau ke yang tulis? Hebat, hebat
ReplyDelete
ReplyDeletehehe..saje wt citer pndek.bese je nyer pn..